Success stories

Khadaffy Janjalani (Meninggal dunia)

Penculikan dan Pembunuhan Warga Amerika di Filipina .

RFJ membayar ganjaran sejumlah $5 juta kepada beberapa individu yang memberikan maklumat tentang Khadaffy Janjalani ketua Kumpulan Abu Sayyaf (ASG). Pada 7 Jun 2007, Duta A.S. Ke Filipina mempengerusikan pemberian ganjaran kepada individu-individu di dalam satu majlis umum di Pulau Jolo.

Abu Solaiman berada dalam kalangan ketua-ketua tertinggi organisasi pengganas yang berpangkalan di Filipina, ASG. Janjalani bertanggungjawab terhadap penculikan dan kematian warga Filipina dan Amerika. Beliau dikaitkan dengan penculikan Martin dan Gracia Burnham dan dua lagi warga A.S. dan bertanggungjawab secara langsung dalam pemenggalan warga A.S. Guillermo Sobero. Janjalani juga telah merancang dan melaksanakan serangan terhadap kepentingan A.S. seperti rancangan pengeboman terhadap Kedutaan A.S. di Manila, penenggelaman Superferry 14, dan tiga pengeboman Hari Valentine 2005 yang keseluruhannya membunuh atau mencederakan ratusan individu yang tidak berdosa.

Pada 4 September 2006, Pasukan Tentera Filipina, bertindak atas maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat, melancarkan operasi untuk menangkap Janjalani. Semasa operasi, Janjalani dilaporkan cedera serius tetapi dapat melarikan diri. Dalam beberapa bulan berikutnya, muncul khabar angin tentang kematian Janjalani. Pada lewat Januari 2007, dua individu tampil dengan maklumat berkenaan lokasi mayat Janjalani. Selepas melaksanakan ujian DNA, FBI mengesahkan bahawa Janjalani sudah meninggal dunia. Semua maklumat yang diberikan oleh individu-individu ini terbukti penting untuk mendapatkan lokasi dan akhirnya pengenalpastian Janjalani.

Skip to content