Success stories

Abu Solaiman (Meninggal dunia)

Penculikan dan Pembunuhan Warga Amerika di Filipina

RFJ membayar $5 juta kepada dua individu yang memberikan maklumat tentang Abu Solaiman ketua Kumpulan Abu Sayyaf (ASG). Pada 7 Jun 2007, Duta A.S. Ke Filipina mempengerusikan pemberian ganjaran kepada individu-individu di dalam satu majlis umum di Pulau Jolo.

Abu Solaiman berada dalam kalangan ketua-ketua tertinggi ASG, organisasi pengganas yang beroperasi di Filipina. Solaiman, bersama Khadaffy Janjalani, bertanggungjawab terhadap penculikan dan kematian warga Filipina dan Amerika. Solaiman dikaitkan dengan penculikan Martin dan Gracia Burnham dan dua lagi warga A.S. dan terlibat dalam pemenggalan warga A.S. Guillermo Sobero. Solaiman juga telah merancang dan melaksanakan serangan terhadap kepentingan A.S. seperti rancangan pengeboman terhadap Kedutaan A.S. di Manila, penenggelaman Superferry 14, dan tiga pengeboman Hari Valentine 2005 yang keseluruhannya membunuh atau mencederakan ratusan individu yang tidak berdosa.

Pada 16 Januari 2007, Pasukan Tentera Filipina, bertindak atas maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat, melancarkan operasi untuk menangkap Solaiman. Semasa serangan, Solaiman melawan dan telah terbunuh.

Skip to content