Ganjaran untuk Keadilan menawarkan ganjaran sehingga $3 juta untuk maklumat tentang Duran Kalkan, pemimpin kanan Parti Pekerja Kurdistan (Kurdistan Workers Party, PKK), juga dikenali sebagai Kongra-Gel. PKK adalah Organisasi Pengganas Asing (Foreign Terrorist Organization, FTO) yang dilantik oleh A.S. Kalkan ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif PKK dan bertanggungjawab ke atas serangan yang telah mengorbankan tujuh askar Turki pada bulan Disember 2009.
Jabatan Perbendaharaan A.S. telah melantik Kalkan sebagai Pengedar Narkotik Lantikan Khas (Specially Designated Narcotics Trafficker, SDNK) mengikut Akta Penetapan Kingpin Narkotik Asing (Foreign Narcotics Kingpin Designation Act, Kingpin Act) pada 20 April 2011.
