TENTANG
Sejarah Program dan Pihak Berkuasa Statutori
RFJ, program ganjaran keselamatan negara Jabatan Negara A.S. telah ditubuhkan oleh Akta untuk Memerangi Keganasan Antarabangsa 1984, Undang-undang Awam 98-533 (dikodifikasi di 22 U.S.C. § 2708). Ditadbir oleh Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara, misi RFJ adalah untuk menawarkan ganjaran untuk maklumat yang melindungi nyawa warga Amerika dan kepentingan A.S. Dan meningkatkan lagi keselamatan negara A.S.
Sejak 1984, Kongres telah memperluaskan pihak berkuasa statutori untuk menawarkan ganjaran bagi maklumat dalam empat kategori yang luas:
- Keganasan.Untuk maklumat yang:
- Membawa kepada penangkapan atau penyabitan sesiapa yang merancang, melakukan, membantu, atau cuba melakukan tindakan pengganas antarabangsa terhadap orang perseorangan A.S. atau hartanah di Amerika Syarikat atau di luar negara;
- Menghalang tindakan sedemikian daripada terjadi dari awal lagi;
- Mengenal pasti atau mencari ketua pengganas utama; atau
- Mengganggu mekanisme kewangan organisasi pengganas asing. Ini termasuk gangguan rangkaian penculikan dan peristiwa penculikan yang memberi sokongan kewangan organisasi sedemikian.
- Campur Tangan Pilihan Raya Asing. Untuk maklumat yang:
- Membawa kepada pengenalpastian atau lokasi mana individu asing yang dengan sengaja telah terlibat atau sedang terlibat dalam campur tangan pilihan raya asing, termasuk aktiviti yang melanggar undang-undang jenayah persekutuan, hak mengundi, atau pembiayaan kempen, atau aktiviti sedemikian yang dilaksanakan oleh mana-mana individu yang bertindak sebagai ejen atau bagi pihak, atau diselaraskan dengan, kerajaan asing atau perusahaan jenayah.
- Membawa kepada pencegahan, kegagalan atau resolusi yang berpihak bagi tindakan campur tangan pilihan raya asing.
- Aktiviti Siber Berniat Jahat.Untuk maklumat yang:
- Mengenal pasti atau mencari mana-mana individu yang, semasa bertindak dengan arahan atau di bawah kawalan kerajaan asing, membantu atau bersubahat dalam satu pelanggaran Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer (“CFAA”), 18 U.S.C. § 1030. Ini termasuk campur tangan pilihan raya asing
- Korea Utara. Untuk maklumat yang:
- Mengganggu mekanisme kewangan individu atau entiti yang terlibat dalam aktiviti tertentu menyokong rejim Korea Utara; atau
- Mengenal pasti atau menentukan kedudukan mana-mana individu yang, semasa bertindak dengan arahan atau di bawah kawalan kerajaan Korea Utara, membantu atau bersubahat dalam satu pelanggaran Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer (“CFAA”), 18 U.S.C. § 1030. In termasuk serangan siber dan pencerobohan sistem kerajaan A.S.
Pengiklanan Tawaran Ganjaran
Apabila Setiausaha Negara meluluskan satu tawaran ganjaran, RFJ mengiklankannya dan melibatkan audiens sasaran dalam cara yang bersesuaian dengan budaya menggunakan pelbagai alatan, termasuk media sosial, aplikasi sembang sosial, dan media tradisional.
Pemprosesan Penunjuk
Iklan RFJ mengarahkan individu untuk menghantar maklumat mereka secara teks ke talian penunjuk RFJ yang khusus-bahasa menerusi beberapa aplikasi pemesejan yang tersedia secara meluas dan tersulit termasuk Signal, Telegram, dan WhatsApp. Individu juga boleh menyerahkan maklumat mereka melalui e-mel dan akaun media sosial.
RFJ menyebarkan maklumat penunjuk yang bersesuaian kepada agensi USG yang lain.
Pembayaran Ganjaran
Jika maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat membuahkan hasil yang positif, agensi penyiasatan A.S. yang mengendalikan kes tersebut boleh membuat keputusan untuk mencalonkan pemberi maklumat untuk pembayaran ganjaran. Pencalonan untuk pembayaran disemak oleh jawatankuasa antara agensi dan kemudiannya dihantar ke Setiausaha untuk keputusan sama ada bayaran dibuat.

