Tentang
BOLEHKAH ANDA BERIKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG PROGRAM GANJARAN UNTUK KEADILAN (RFJ)?
RFJ ialah program ganjaran antara agensi yang ditubuhkan oleh Akta untuk Memerangi Keganasan Antarabangsa 1984, Undang-undang Awam 98-533 (dikodkan pada 2 U.S.C. § 2708) dan dilaksanakan oleh Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara. Misi RFJ ialah untuk menjana maklumat yang boleh melindungi keselamatan negara A.S.
Di bawah kuasa berkanun 1984, misi asal RFJ adalah menawarkan ganjaran untuk maklumat yang /span>
- Membawa kepada penangkapan atau penyabitan sesiapa yang merancang, melakukan, membantu atau membuat cubaan tindakan pengganas antarabangsa terhadap orang perseorangan A.S. atau hartanah
- Menghalang perbuatan sedemikian daripada berlaku dari awal lagi
- Membawa kepada pengenalpastian atau lokasi ketua penting pengganas
- Mengganggu pembiayaan keganasan
Dalam tahun 2017, Kongres mengubah kuasa berkanun RFJ untuk memasukkan penawaran ganjaran untuk maklumat yang membawa kepada:
- Gangguan mekanisme kewangan individu yang terlibat dalam aktiviti tertentu menyokong rejim Korea Utara
- Pengenalpastian atau lokasi mana-mana individu yang, bertindak atas arahan atau di bawah kawalan kerajaan asing, membantu atau bersubahat dalam pelanggaran Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer (melakukan pencerobohan komputer yang tidak dibenarkan dan bentuk penipuan lain berkaitan komputer)
Tawaran ganjaran boleh diberikan kurang daripada $1 juta sehingga $25 juta.
RFJ boleh membayar ganjaran dalam kes-kes di mana tiada tawaran ganjaran terdahulu.
SEJAUH MANAKAH RFJ BERKESAN?
Sejak ia dimulakan, RFJ telah membayar lebih daripada $250 juta kepada lebih daripada 125 individu yang memberikan maklumat berguna yang membantu untuk melindungi keselamatan negara A.S.
Usaha ini telah dapat menyelamatkan ramai jiwa yang tidak berdosa.
BAGAIMANA ANDA MENGIKLANKAN TAWARAN GANJARAN?
Selain laman web RFJ, kami menggunakan platform media sosial dalam bahasa, poster, selongsong mancis, iklan berbayar di radio dan akhbar, Internet, dan kaedah lain yang bersesuaian untuk berkomunikasi dengan individu-individu yang mungkin mempunyai maklumat yang berkaitan dengan tawaran.
APAKAH MAKLUMAT YANG ANDA DEDAHKAN TENTANG PEMBAYARAN GANJARAN?
Kerahsiaan ialah aspek penting program RFJ. Kami tidak mendedahkan kepada umum maklumat khusus yang diserahkan sebagai maklum balas kepada tawaran ganjaran kami atau nama individu yang menerima pembayaran ganjaran, dan selalunya tidak juga mengumumkan kepada umum ganjaran yang dibayar. Dalam kes berprofil tinggi tertentu, kami mungkin mengumumkan pembayaran ganjaran, tetapi bukan maklumat yang diberikan atau nama sumber yang menyerahkannya.
BOLEHKAH ANDA BERIKAN SEDIKIT BUTIRAN TENTANG KEJAYAAN RFJ YANG KHUSUS ATAU PEMBAYARAN GANJARAN?
Pada bulan Februari 1995, Ramzi Yousef, salah seorang pengebom Pusat Dagangan Dunia 1993, telah ditemui dan ditahan di Pakistan hasil daripada maklumat yang diberikan oleh sumber yang memberi respon kepada tawaran ganjaran RFJ.
RFJ juga telah membayar pelbagai ganjaran kepada individu di empat majlis penyampaian ganjaran awam berasingan di Filipina. Pada 7 Jun 2007, di satu majlis ganjaran awam, RFJ membayar sejumlah $10 juta. Pembayaran ganjaran ini ialah pembayaran ganjaran RFJ yang terbesar di Filipina sejak program ini bermula.
RFJ membayar ganjaran $3 juta kepada seorang individu yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan dan penyabitan ketua pengganas Ahmed Abu Khattalah, perancang serangan 2012 ke atas Misi Khas A.S. Di Benghazi, Libya yang membunuh empat warga Amerika, termasuk seorang duta A.S.
BAGAIMANA KAMI BOLEH PASTIKAN BAHAWA ANDA SUDAH SEBENARNYA MEMBAYAR GANJARAN JIKA ANDA TIDAK MEMBERIKAN BUTIRAN KHUSUS?
Seperti yang disebutkan, RFJ kadang kala membuat pengumuman terhad tentang pembayaran ganjaran berprofil tinggi.
Kami juga menyediakan laporan sulit ke Kongres selepas satu pembayaran dibuat.
APAKAH YANG MELAYAKKAN UNTUK MENDAPAT GANJARAN? APAKAH JENIS MAKLUMAT YANG ANDA CARI?
Individu-individu mungkin layak untuk mendapat ganjaran jika mereka memberikan maklumat yang:
- Membantu menghalang atau menyelesaikan tindakan keganasan antarabangsa terhadap orang perseorangan A.S. Atau harta di mana sahaja di dunia.
- Membawa kepada pengenalpastian atau lokasi ketua utama dalam organisasi pengganas asing.
- Mengganggu mekanisme kewangan individu atau entiti yang terlibat dengan aktiviti tertentu yang menyokong rejim Korea Utara.
- Membawa kepada pengenalpastian atau lokasi mana-mana individu yang, semasa bertindak dengan arahan atau di bawah kawalan kerajaan asing, membantu atau bersubahat dalam satu pelanggaran Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer.
Pegawai kerajaan secara umumnya tidak layak untuk ganjaran melainkan mereka memberikan maklumat di luar pelaksanaan tugas rasmi mereka.
BAGAIMANAKAH SEKIRANYA SUMBER MERISIKOKAN NYAWANYA UNTUK MEMBERI MAKLUMAT TENTANG PENGGANAS DAN KEMUDIAN DIA MENDAPATI NYAWANYA DALAM BAHAYA? ADAKAH RFJ MEMBERIKAN PERLINDUNGAN?
Kerahsiaan ialah aspek penting program RFJ. RFJ merahsiakan identiti sumber yang memberikan maklumat dan individu yang menerima pembayaran ganjaran. Selain itu penempatan semula mungkin tersedia berdasarkan setiap kes bagi sumber dan keluarganya.
BAGAIMANAKAH INDIVIDU DIBAYAR?
Pembayaran ganjaran RFJ ialah proses perundingan:
- Agensi penyiasatan A.S. (Seperti Jabatan Pertahanan atau FBI) atau kedutaan A.S. Di luar negara mesti pertama sekali mencalonkan individu untuk ganjaran. Individu yang mengaku telah memberikan maklumat tidak boleh mencalonkan diri sendiri untuk pembayaran ganjaran.
- Selepas semakan undang-undang tentang kelayakan, jawatankuasa antara agensi kemudiannya menilai maklumat yang diberikan oleh agensi yang mencalonkan dengan teliti. Selepas perundingan tentang merit pencalonan, jawatankuasa membuat cadangan kepada Setiausaha Negara.
- Cadangan jawatankuasa, walau bagaimanapun, tidaklah mengikat. Setiausaha Negara mempunyai budi bicara sepenuhnya sama ada mahu atau tidak meluluskan sebarang ganjaran, dan boleh mengubah jumlah ganjaran, mengikut syarat-syarat undang-undang.
- Sebelum pembayaran ganjaran dalam urusan terdapatnya bidang kuasa jenayah persekutuan, Peguam Negara mesti bersetuju dengan Setiausaha.
- Pencalonan tidak menjamin kelulusan pembayaran. Penentuan pembayaran oleh Setiausaha adalah terakhir dan muktamad dan tidak tertakluk kepada semakan semula perundangan.
BAGAIMANAKAH JUMLAH PEMBAYARAN GANJARAN DITENTUKAN?
Jumlah pembayaran ganjaran adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: nilai maklumat yang diberikan; tahap ancaman ditangani berdasarkan maklumat yang diterima; keterukan bahaya atau kecederaan kepada orang perorangan A.S. atau hartanah yang wujud oleh ancaman; risiko yang dihadapi oleh sumber dan keluarganya; tahap kerjasama sumber. Tiada pembayaran dibuat untuk keterangan.
Pembayaran kepada sumber boleh jadi sebarang jumlah sehingga jumlah dolar keseluruhan tawaran ganjaran yang diiklankan.
PERNAHKAH RFJ MENGELUARKAN SESEORANG DARIPADA SENARAI GANJARAN UNTUK KEADILAN? JIKA ADA, SIAPA DAN KENAPA?
Ya. Ganjaran untuk Keadilan telah mengeluarkan pelbagai suspek daripada senarainya dalam beberapa tahun, termasuk ketua al-Qa’ida Usama bin Ladin dan ketua ISIS Abu Bakr al-Baghdadi.
Suspek mungkin dikeluarkan daripada senarai RFJ kerana pelbagai sebab, termasuk apabila mereka ditahan oleh penguatkuasa undang-undang atau pasukan keselamatan, disahkan meninggal dunia, atau diisytiharkan oleh sumber rasmi sebagai tidak lagi memberikan ancaman.
DENGAN MENAWARKAN GANJARAN, TIDAKKAH ANDA MENGGALAKKAN PEMBURU BAUNTI?
Kami amat tidak menggalakkan pemburu baunti dan individu bukan kerajaan yang lain daripada memburu untuk menangkap pengganas atau individu yang dikehendaki yang lain; sebaliknya RFJ memberikan tawaran untuk maklumat yang akan membolehkan pihak berkuasa kerajaan yang bersesuaian untuk mencari dan menahan individu sedemikian.
JIKA SAYA INGIN MEMBERIKAN MAKLUMAT, SIAPAKAH YANG SAYA HUBUNGI?
Individu dengan maklumat perlu menghantar teks kepada RFJ menerusi WhatsApp, Telegram, atau Signal di (202) 702-7843.
Individu-individu juga boleh menghantar maklumat mereka dengan menghubungi Pejabat Keselamatan Serantau di kedutaan atau konsulat A.S. terdekat, atau pejabat FBI terdekat.
SAYA INGIN MEMINTA KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN (IMEJ) DARIPADA LAMAN WEB ANDA DALAM PEMBENTANGAN ATAU PENERBITAN SAYA.
Melainkan hak cipta dinyatakan, maklumat dalam laman web ini adalah dalam domain awam dan boleh digunakan semula, diterbitkan atau sebaliknya digunakan tanpa kebenaran RFJ. Kami meminta RFJ disebut sebagai sumber maklumat dan mana-mana kredit gambar atau panji pengarang dikreditkan kepada jurugambar atau penulis atau RFJ, yang mana bersesuaian.
Jika hakcipta dinyatakan pada gambar, grafik, atau sebarang bahan lain, kebenaran untuk menyalin bahan-bahan ini mesti diperoleh daripada sumber asal. Selain itu, anda patut tahu bahawa statut jenayah, 18 U.S.C. 713 melarang penggunaan Mohor Besar Amerika Syarikat di bawah keadaan tertentu yang digariskan dalam bahagian tersebut; oleh yang demikian kami mencadangkan anda merujuk peguam sebelum menggunakan Mohor Besar dalam sebarang konteks.
BAGAIMANA SAYA BOLEH PASTIKAN BAHAWA LAMAN WEB RewardsForJustice.net ADALAH SEBENARNYA LAMAN WEB KERAJAAN A.S.?
Ganjaran untuk Keadilan diuruskan oleh Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik (DSS) Jabatan Negara A.S.. DSS termasuk bahagian tentang Ganjaran untuk Keadilan pada laman web rasminya: Visit External Link. Halaman tersebut memaut kembali secara langsung ke laman ini — laman web rasmi RFJ — untuk orang ramai menghantar maklumat.
