Kumpulan Abu Sayyaf (ASG)

Asia Timur dan Pasifik

Ganjaran

Laksanakan tanggungjawab anda.

Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) berpisah daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro pada awal 1990an dan merupakan salah satu kumpulan pengganas yang paling ganas di Filipina. Dipengaruhi oleh al-Qa’ida pada awalnya, ASG mengaku untuk menjayakan negara Islam bebas di Mindanao barat dan kepulauan Sulu. Yang terkini, ahli dalam kumpulan ini telah mengadakan hubungan dengan gabungan serantau ISIS, ISIS-Filipina. Kumpulan ini melakukan tindakan keganasan di seluruh Filipina, termasuk pengeboman, pembunuhan, dan penculikan-untuk-bayaran tebusan.

Pada 8 Oktober 1997, Jabatan Negara A.S. menetapkan ASG sebagai Organisasi Pengganas Asing (FTO) di bawah seksyen 219 Akta Imigresen dan Kerakyatan, seperti yang dipinda. Selepas itu, pada 23 September 2001, ASG disenaraikan dalam Lampiran Perintah Eksekutif 13224. Disebabkan oleh penetapan ini, antara akibat lain, semua harta, dan kepentingan dalam harta ASG yang tertakluk dalam bidang kuasa Amerika Syarikat adalah disekat, dan warga Amerika Syarikat secara amnya dilarang untuk terlibat dalam sebarang transaksi dengan ASG. Ia satu jenayah untuk dengan disedarinya menyediakan, atau cuba atau bersubahat untuk menyediakan sokongan material atau sumber kepada ASG.

Skip to content